free web hit counter Rogol 13 Murid Hingga Lahir Anak, Hukuman Penjara Ditukar Hukuman Mati - Kabar Masa Kini
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rogol 13 Murid Hingga Lahir Anak, Hukuman Penjara Ditukar Hukuman Mati


 

Mahkamah Tinggi di Indonesia menjatuhkan hukuman mati kepada seorang guru yang didapati bersalah merogol 13 orang pelajar di sebuah sekolah agama. Perbuatan terkutuk itu dibuat di antara tahun 2016 hingga 2021.


Lebih mengejutkan ketika laporan dibuat 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua orang lagi sedang mengandung.


Hukuman penjara ditukar hukuman mati



Sebelum ini mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup namun pihak pendakwa raya telah membuat rayuan memohon hukuman mati terhadapnya.


Ketua Hakim, Herri Swantoro berkata, selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry Wirawan.


Perbuan keji ini terbongkar pada Mei tahun lalu selepas ibu bapa salah seorang mangsa menyedari anaknya mengandung.


Tertuduh menggunakan kekerasan dan pelajar-pelajarnya tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit. Dia hanya membenarkan pelajar pulang ke rumah masing-masing setahun sekali.


Media tempatan sebelum ini melaporkan, Herry memancing pelajar yang kebanyakannya golongan miskin untuk belajar di sekolah agama itu dengan menjanjikan biasiswa dan insentif.

Posting Komentar untuk "Rogol 13 Murid Hingga Lahir Anak, Hukuman Penjara Ditukar Hukuman Mati"